Mak,
Itulah kalimah pertama terbit,
Saat pandai mula berkata.
Saat tak kenal apa itu dunia.
Mak,
jiwa yang penuh kasih,
Sebolehnya tak mahu melukai,
Tapi semalam jerit jangan,
Yakin, hanya dengan luka jiwa jadi lali,
Kerana itu,
Ada bait kata sayang,
Kita kata benci.
Mak,
Insan yang penuh pengorbanan,
Pernah malam dan siangnya sama,
Pernah badannya sakit-sakit kerana kita,
Pernah tak kisah apa-apa asalkan kita bahagia,
Yang ramai lupa.
Mak,
Insan yang ada hanya sekali,
Itulah pertama dan itulah terakhir,
Buruk mana pun dia,
Benci mana pun kita,
Tetap namanya mak kita,
Yang kau galilah sedalam manapun bumi,
Yang kau carilah seluas manapun langit,
mustahil dapat dicari ganti,
Andai dah pergi.
Mak,
Andai dilupa, ingatlah,
Andai dibenci, sayanglah,
Andai berdosa, maafkanlah.
Masih tak terlambat untuk berjasa,
Walau tiada lagi, meskipun bau nya.
By : The Topoi
For : Mak tersayang
(Terima kasih mak, sebab lahirkan kita. Maafkan kita sebab banyak berdosa dengan mak. Sayang mak. Abah pun 💌)
Pernah malam dan siangnya sama,
Pernah badannya sakit-sakit kerana kita,
Pernah tak kisah apa-apa asalkan kita bahagia,
Yang ramai lupa.
Mak,
Insan yang ada hanya sekali,
Itulah pertama dan itulah terakhir,
Buruk mana pun dia,
Benci mana pun kita,
Tetap namanya mak kita,
Yang kau galilah sedalam manapun bumi,
Yang kau carilah seluas manapun langit,
mustahil dapat dicari ganti,
Andai dah pergi.
Mak,
Andai dilupa, ingatlah,
Andai dibenci, sayanglah,
Andai berdosa, maafkanlah.
Masih tak terlambat untuk berjasa,
Walau tiada lagi, meskipun bau nya.
By : The Topoi
For : Mak tersayang
(Terima kasih mak, sebab lahirkan kita. Maafkan kita sebab banyak berdosa dengan mak. Sayang mak. Abah pun 💌)
No comments:
Post a Comment