Thursday, August 16, 2018

Cukuplah Sekali Itu

Hari itu,
tidak seperti selalu,
hati seperti tercucuk sembilu,
mata tak merintih tapi penuh sayu.

Hari itu,
aku ditampar gagal,
yang puncanya adalah aku,
yang tak aku jangka buruknya begitu,
kerana dulu,
bagi aku,
cukuplah usaha yang setakat itu.

Hari itu,
terkenang mak dan abahku,
menanti penuh pengharapan,
kejayaan daripada aku,
yang aku ludahi dengan gagal,
kerana usaha yang setakat itu.

Hari itu,
Tuhan nombor satu,
Tapi selalu?

Cukuplah gagal kerana bodoh,
bukan bodoh tak berilmu,
tapi bodoh sombongnya aku,
Cukuplah hanya satu,
Yang terakhir dalam kamus itu.

Biarpun terasa jatuh,
Biarpun terasa hancur lebur,
Jangan dibiar mati di situ,
Kerana biarpun kalau benih subur,
Andai tak bersemai,
akan terus kering begitu,


The Topoi
17/8/2018, Jumaat (6 Zulhijjah 1439 Hijrah)

Hari ini aku rasa gagal paling teruk dalam hidup, hati terasa sedih sebab teringat pada mak ayah aku. Teringat dengan janji aku dengan diri aku yang gagal dulu jangan ulang lagi. Tapi lagi sekali aku ulang, dan Allah bagi result yang lagi teruk daripada jangkaan aku. Rasa nak menangis tapi air mata tak menitis pun. Aku tahu gagal ini puncanya aku. Aku tengah cuba untuk kuatkan diri, belajar daripada kesilapan. Moga tak berulang kembali. Aamiin.

Aku selalu baca, dapat yang bahagia bersyukur, dapat musibah pun bersyukur. Masa baca tu, ya, aku mengiyakan. Tapi, sekarang, jadi pada aku. Hati cuba nak cakap 'Terima Kasih Allah' untuk tamparan ni. Rupanya tak semudah itu. Masa ni dah terbukti aku tak cukup yakin dengan aturan-Nya. Astaghfirullahal'azim.

Buat semua yang rasa macam dah tak ada harapan, rasa macam you are forever alone in this world, you rasa you are being hated by others, dont be sad. Return to Allah, you will be happy again. believe me! Pernah dulu, rasa down sangat, tak bahagia, pastu aku kembali kepada Allah dengan sebetulnya, ada terasa lapang kat hati ni. Tapi, again? I dont know lah. Stupid me. Dulu, bila terasa lapang sikit, masalah dah kurang atau dah selesai, aku bisik la kat hati aku, nak tengok drama satu jeeeee. Ataupun, movie satu jeeeee. Tapi rupanya yang 'satu jeeee' tu pemula untuk aku lupa Dia balik. So, jangan mula walaupun sikit. Kalau saya, inilah antara punca. Setiap orang lain-lain. Apa-apa jelah yang you rasa sebelum ni, pemusnah kejayaan you. Jangan trigger kegagalan semula, okay?

Berdosa macam mana pun kita, ingat! Kembali kepada Allah. Dosa-dosa kita takkan pernah lagi besar daripada keampunan Allah, kalau kita betul-betul bertaubat, tak nak buat lagi.

Susah macam mana pun, jangan pernah putus asa. Yakinlah, Allah ada je dengan kita. Dekat je


No comments:

Post a Comment